|
Uji bakat yang
diadakan di zon selatan iaitu di negeri Johor pada kali
ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, ini adalah
kerana uji bakat kali ini diadakan di Plaza Angsana,
Johor Bahru iaitu sebuah kompleks beli belah yang
terkenal di negeri Johor. Pada hari pertama uji bakat
yang diadakan di Palaza Angsana, seawall jam 9.00 pagi
sudah ada peserta yang menunggu untuk didaftarkan bagi
menjalanai sesi uji bakat ini sedangkan pendaftaran
bermula jam 10.00 pagi.
Peserta-peserta yang datang ke sesi uji bakat di zon
selatan ini rata-ratanya memiliki vokal yang baik dan
hakim yang terlibat untuk sesi uji bakat ini iaitu
saudara Eddie Kismilardy, memberi komen yang
memberangsangkan tentang peserta-peserta yang terlibat.
Sesi uji bakat bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir
pada jam 10.00 malam. Dan peserta yang mengambil
bahagian lebih daripada 100 orang untuk hari pertama.
Sesi uji bakat juga
diserikan dengan kehadiran dua orang penyanyi yang
diundang khas untuk menghiburkan pengunjung di Plaza
Angsana, Johor Bahru iaitu Ibnor Riza dan juga Bandi
Amuk. Di atas hasil usaha pihak RTM Johor, beberapa
penaja sanggup menaja barangan untuk diberikan kepada
pengunjung-pengunjung yang bertuah yang dapat menjawab
soalan-soalan yang diberikan oleh juhebah-juruhebah
Johor FM.
Pada hari kedua, bilangan
peserta yang hadir sama dengan hari yang sebelumnya.
Disebabkan cuti hujung minggu, sesi uji bakat yang
dijalankan pada hari itu meriah dengan kehadiran
pengunjung-pengunjung yang datang ke Plaza Abgsana.
Tetapi yang mengkagumkan, peserta yang datang ke uji
bakat ini tidak gentar melihat ramainya pengunjung yang
menonton sesi uji bakat ini. Dan ini semangat yang kita
perlukan. Sesi uji bakat pada hari kedua berakhir pada
jam 6.00 petang
|