Uji bakat Bintang RTM 2009 Kota Kinabalu Sabah
10 Januari -11 Januari 2009

 Seperti tahun-tahun sebelumnya, uji bakat di Kota Kinabalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Walaupun pada bulan Januari cuaca di Sabah tidak begitu baik iaitu hujan turun setiap hari tetapi semasa hari uji bakat dijalankan, hujan hanya turun pada sebelah petang hingga malam. Peserta-peserta di Kota Kinabalu tetap bersemangat untuk memasuki ujibakat ini. Ramai bakat-bakat terpendam yang boleh diketengahkan kerana peserta-peserta di Kota Kinabalu mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.
 

         

Di antara peserta-peserta yang hadir, uniknya ada sepasang kembar yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dan mereka membawa genre muzik yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai suara yang mantap. Di Kota Kinabalu juga terdapat ramai peserta yang empunyai pakej lengkap seperti mempunyai perwatakan yang menarik dan berkebolehan menyanyi dengan baik.
Dan dari apa yang kita ketahui daripada peserta yang datang, kebanyakan mereka datang dari daerah pedalaman Sabah di mana tempat-tempat tersebut agak jauh dari tempat uji bakat. Ada peserta yang datang dari Tawau iaitu kira-kira 9 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Tetapi dengan semangat yang kuat, mereka tetap hadir ke sesi uji bakat ini. Inilah semangat yang kita mahu dari para peserta.
 

 

 

 

 

 

         

Seramai 201 peserta yang hadir untuk sesi uji bakat di Kota Kinabalu dan seramai 80 orang peserta mendapat markah melebihi 50 markah. Selepas ini, para peserta tersebut akan disenaraipendek untuk memilih peserta yang benar-benar layak untuk masuk ke top 30.Semua yang terlibat untuk sesi uji bakat ini iaitu kru teknikal dan juga kru penerbitan dari RTM Sabah mdan juga Kuala Lumpur memberi komitmen yang sangat baik dan diharap kerjasama seperti ini akan diteruskan.