|
31 Peserta dari ‘Pulau Labuan’
telah menghadiri sesi uji bakat bintang RTM 2009 yang telah
diadakan di RTM Labuan selama dua hari bermula pada 10
Januari hingga 11 Januari 2009, dari jam 8.00 pagi berakhir
jam 5.00 petang.
Walaupun sesi uji bakat yang telah diadakan
kali ini kurang mendapat sambutan, tetapi semangat dan
kesungguhan para peserta membuatkan juri professional yang
didatangkan khas dari RTM Angkasapuri iaitu Asnawi Mutaal
merasakan ada beberapa peserta yang layak diadili
persembahan mereka di Kuala Lumpur nanti. Jadi kita nantikan
adakah peserta-peserta dari Wilayah Labuan layak menjadi
finalis bintang RTM 2009. Sama-sama kita tunggu….
|