CORAT CORET UJIBAKAT ZON UTARA DI RTM PULAU PINANG (MUTIARA FM)
15, 16 dan 17 Februari 2009

Pada pagi Jumaat, tanggal 15 Januari 2009, Pulau Mutiara telah di gegarkan dengan kehadiran para peserta yang hadir untuk Uji Bakat Bintang RTM 2009 (Zon Timur) di Auditorium Mutiara FM, RTM Pulau Pinang. Seawal jam 8.00 pagi lagi mereka telah menunggu untuk mendaftarkan diri, walaupun kaunter pendaftaran hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi. Rata –rata yang hadir adalah dari negeri Kedah, Perlis, Perak dan anak-anak kelahiran Pulau Mutiara itu sendiri. Haa… semangat macam inilah yang kita nak cari..

Sepanjang berlangsungnya uji bakat tersebut, pelbagai gelagat yang dapat dilihat, ada yang datang dengan semangat berkobar-kobar, ada yang gementar, lupa lirik, tidak membuat persiapan rapi dan tak tinggal juga mereka yang menyanyi “copycat”  artis.  Tetapi, jika dilihat secara rambang, ramai diantara mereka yang berbakat besar walaupun ada diantara mereka yang baru pertama kali hadir ke uji bakat seperti ini. Kehadiran 2 juruhebah Mutiara FM, iaitu deejay YY dan deejay Iskandar, turut menceriakan suasana sepanjang berlangsungnya ujibakat tersebut.  

Sepanjang 3 hari uji bakat ini berlangsung iaitu pada 15, 16 dan 17 Februari 2009, peserta – peserta telah diadili oleh seorang pemimpin Orkestra RTM yang berkaliber iaitu En. Jimmy Ali. Diantara komen – komen beliau terhadap peserta-peserta yang hadir adalah, “ mereka semua mempunyai bakat, tetapi ada beberapa aspek yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang itu hadir ke ujibakat. Contohnya seperti, membuat persediaan yang rapi dari segi pemilihan lagu yang bersesuaian dengan suara mereka, berpenampilan menarik serta hafal lirik lagu. Pesan beliau kepada mereka yang tidak Berjaya melayakkan diri ke suku akhir nanti, jangan sedih  atau mengalah. Boleh cuba pada tahun –tahun akan datang…”

Merujuk kepada fakta, Bintang RTM zon Utara pernah melahirkan beberapa nama besar seperti Jamal Abdillah dan Najib Hanif (1978), Noraliza Yusuf (1986), Ida (2005) dan  Muhaimin (2007). Kehadiran bakat baru ini mungkin akan menyerlahkan sebutir lagi bintang yang kami cari.

Pejam celik, pejam celik sudah 3 hari uji bakat Zon Utara berlansung. Keseluruhan peserta yang hadir adalah seramai 102 orang. Siapakah diantara mereka yang akan muncul sebagai bintang? Nantikan pengumuman rasmi dari pihak penerbitan terus kepada 30 pesert yang layak ke Peringkat Suku Akhir Bintang RTM 2009….. Semoga Berjaya … Line  Clear…