UJI BAKAT BINTANG RTM, KUALA TERENGGANU
23 - 25 Januari 2009

Terengganu – Negeri cantik, budaya menarik. Kata-kata itu dapat kami terjemahkan tatkala merentasi perjalanan lebih 400km membelah Banjaran Titiwangsa pada tanggal 22 Januari 2009. Puas menikmati panorama alam seakan menghilangkan rasa penat yang sepatutnya membuat kami kelesuan  mengharungi 6 jam perjalanan.

Destinasi kami, Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu sebuah taman rekreasi awam seluas hampir 3km persegi terletak di tepi pantai putih bersih menghadap laut luas, Laut China Selatan.

agaknya brp markah aku dpt

aik terkucil

aku nak ganti RAMLAH RAM

akula bintang yg dicari

 apa pasal aku nyanyi laju dari muzik ni

apa pasal sedih benor ni

 berdebar pulak tgk abg madi

berpaut di dahan cinta

bila la juri nak stop ni

bila nak start  lagu ni

          Agenda kami – uji bakat bintang RTM 2009 bagi zon timur yang meliputi jangkauan penyertaan peserta dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pemilihan negeri Terengganu sebagai lokasi uji bakat ini berlandaskan kedudukan strategik geografinya iaitu di antara negeri Kelantan di sebelah Utara dan negeri Pahang di sebelah selatan. Uji bakat dengan durasi 3 hari bermula 23 Januari hingga 25 Januari 2009.

          Mesyuarat penerbitan – Setibanya kami di Pentas Utama, Taman Awam Batu Burok, kami telah mengadakan mesyuarat tertutup bagi menyelaras semula keperluan penerbitan, logistik, teknikal antara penerbit Uji Bakat Bintang RTM Terengganu, En. Azman Hashim dan  tenaga produksi RTM Terengganu dibawah penerbit En. Wan Abdul Rahman Ayat (WARA) dan dibantu oleh

En. Rizal. Setelah berpuashati dengan segala persiapan yang telah diatur, kami bersurai mencari penginapan untuk selama 5 hari 4 malam. Malam menunggu pagi, kami menikmati pelbagai juadah hebat masyarakat Terengganu.

          Tanggal 23 januari 2009 - Pagi menjelang. Hati berdebar sepanjang perjalanan ke Taman Awam Batu Burok, risau memikirkan apakah akan ada sambutan yang baik dari bakat baru dari negeri Pantai Timur ini. Sampai sahaja di kaunter pendaftaran, perasaan itu menghilang saat melihat kelibat para peserta yang datang mendaftar dengan jumlah yang agak positif. Majoritinya datang dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. Wajah mereka penuh ikhlas ingin mempertaruhkan bakat atau mungkin ingin menguji sejauh mana kebolehan mereka di dalam bidang ini. Apakah di sini akan lahir seorang lagi Sudirman, Jamal Abdillah, Rosemaria, Rohana Jalil atau Ramlah Ram?

budak kecik tak bole masuk lagi

butang mana aku nak pulas ni

daftar.. jgn tak daftar

 dh nak habis dakwat pen ni

gaya FAIZAL TAHIR

gaya seorang hakim

giliran saya yang ke berapa

guane gamok teranung kite

hello bole ckp dgn MICHAEL JACKSON

kau dipaksa aku kena paksa

Tatkala pentas dibuka, para  peserta ini memberikan sesuatu yang kami cari – bakat. Juri yang dilantik, En. Eddy Kismilardy dari Orkestra RTM kelihatan tenang namun agak tertarik dengan bakat baru ini. Semuanya ikhlas berusaha memberikan segala yang termampu. Tamat uji bakat hari pertama kami menerima penyertaan seramai 51 peserta.

Hari ke-2 dan ke-3, kami menerima sambutan yang agak baik terutamanya kehadiran ramai peserta dari negeri Pahang Darul Makmur. Sebahagian peserta ini datangnya dari pendedahan pelbagai pertandingan anjuran RTM seperti Bintang Klasik, Bintang P.Ramlee, Bintang Kecil dan Idola Patriotik. Segelintir lagi pernah mengutip pengalaman dari pertandingan anjuran RTM negeri masing-masing seperti Idola TerengganuFM, Idola Kelantan FM dan sebagainya. Keseluruhannya kami menerima sambutan seramai 126 penyertaan, satu kuantiti angka yang agak baik dan kualiti persembahan vokal peserta yang boleh diketengahkan. Kemunculan bakat baru ini benar-benar membuat kami merasa puas – visi tercapai.

Kami bertolak balik ke Angkasapuri pada 26 Januari 2009 tatkala masyarakat Tionghua di seluruh dunia meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Semuanya berlalu dengan pantas, Kuala Terengganu kami tinggalkan dengan kenangan dan kekaguman – Taman Tamadun Islam, Pasar Besar Kedai Payang, keenakan Nasi Dagang dan Keropok Losong, kepesatan pembangunan dan cerita kemajuan yang terancang dan nilai tradisional yang dipertahan.

kena attack

kiang jauh kiang hilang

lagu hidustang tak bole nyanyi ye dik

mak ai suara dia

mcmana nk kontrol piching n

saya blk keja terus dtg audition

saya masuk ni kawan2x yang paksa

sedap jugak suara aku rupanya

sekali aku karate jugak budak ni

 shot apa aku nk ambik ni

Sepanjang perjalanan kami bersembang tentang nama besar yang lahir dari Bintang RTM. Rupa-rupanya Bintang RTM pernah melahirkan deretan juara dari negeri-negeri Pantai Timur ini, Allahyarham Sudirman (1976), Rosemaria (1977), Juliza Adlizan (1983) dan Nurazmadi (1999) selain nama-nama besar seperti Azian Mazwan Safuan dan Misha Omar. Dan dari pertandingan Bintang HMI pula lahir Nora (1991) dan Dato’ Siti Nurhaliza (1995). Mungkinkah tahun 2009 akan lahir sebutir lagi bintang dan akan menambah koleksi alumni dari permata Pantai Timur ini?

Akankah?..

*        terima kasih kepada semua peserta yang hadir ke sesi uji bakat ini dan sekalung tahniah dan terima kasih kepada krew RTM Terengganu.