FORMAT RANCANGAN


1.          Kesemua 30 peserta akan melalui peringkat Suku Akhir yang dibahagikan kepada 6 episod (5 peserta bagi setiap episod).

2.          2 daripada setiap 5 peserta peringkat Suku Akhir setiap episod akan terus melayakan diri ke peringkat Separuh Akhir             
             manakala 3 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu undi SMS dari para penonton dan hanya seorang      
             daripada mereka akan terpilih untuk bertanding di SMS Suku Akhir.  

3.           2 peserta dari peringkat SMS Suku Akhir akan mengiringi 12 orang peserta yang telah layak secara automatik dari peringkat
             Suku Akhir akan bertanding di peringkat Separuh Akhir yang akan dibahagikan kepada 2 episod.

4.           3 daripada setiap 7 peserta peringkat Separuh Akhir setiap episod akan terus melayakan diri ke Pertandingan Akhir manakala
              4 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu undi SMS dari para penonton dan hanya 2 orang daripada mereka
              akan terpilih untuk bertanding di SMS Separuh Akhir.
 
5.            2 peserta dari peringkat SMS Separuh Akhir akan mengiringi 6 orang peserta yang telah layak secara automatik dari
               peringkat Separuh Akhir akan bertanding di Pertandingan Akhir.
 
6.            Seramai 8 orang peserta akan bertanding di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 dan seorang daripada mereka
               akan dipilih sebagai Johan.

Klik disini untuk melihat carta format rancangan


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1 	Menyanyikan 2 buah lagu, satu lagu wajib dalam Bahasa Malaysia (ciptaan tempatan) dan lagu kedua dalam apa-apa bahasa yang telah
	diluluskan oleh panel penilaian lagu-lagu RTM.

1.2 	Jangkamasa persembahan, 8 minit untuk semua peringkat. Dari jumlah masa tersebut, peserta diwajibkan menyanyi lagu wajib
	sekurang-kurangnya 3 minit 30 saat.

1.3 	Peserta wajib mematuhi tarikh tutup penghantaran lagu kepada pihak penerbitan.

1.4 	Peserta akan diiringi oleh ’band’  yang disediakan oleh RTM untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir. Pada peringkat akhir peserta akan
	diiringi oleh Orkestra RTM.

1.5 	Penggunaan penari dibenarkan dari peringkat suku akhir hingga ke peringkat akhir. Dan disediakan oleh RTM. Maksimum 8 orang
                penari dibenarkan. Namun peserta dibenarkan membawa penari iringan sendiri dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh RTM.

1.6 	Penggunaan penyanyi latar tidak dibenarkan dari peringkat suku akhir hingga ke peringkat akhir tetapi dibenarkan pada peringkat akhir.
                Para peserta wajib menggunakan khidmat maksimum 4 penyanyi latar (2 lelaki dan 2 wanita) yang disediakan oleh RTM.

1.7 	Bayaran peserta untuk penyertaan, pengangkutan dan lojing mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

1.8 	Peserta wajib mematuhi tarikh, waktu latihan, rakaman dan siaran langsung.

1.10 	Keputusan Panel Juri RTM adalah muktamad.

1.11    	RTM berhak menggugurkan mana-mana peserta yang gagal menepati sebarang syarat yang telah ditetapkan oleh RTM.

1.12	RTM berhak mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

 

PENILAIAN

Pembahagian markah kepada peserta melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan dan penampilan
peserta berjumlah 100%.

Teknologi SMS : (untuk menarik perhatian penonton)
Penggunaan SMS dapat membantu menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara lansung dengan pertandingan /
rancangan yang sedang dipertandingkan. SMS hanya akan digunakan untuk proses pengundian kemasukan semula peserta yang telah
terkeluar berdasarkan pilihan juri profesional.

Semua peserta yang telah terkeluar dari peringkat suku akhir dan separuh akhir masih mempunyai peluang untuk diserapkan semula
bagi bertanding kali kedua, namun SMS tidak akan menentukan kemenangan kerana juri profesional akan menilai semula para peserta
yang telah diserap masuk melalui SMS. Di peringkat kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS digunakan sepenuhnya.

a) Dari peringkat suku akhir hingga peringkat separuh akhir (kemasukan semula)
b) ’Bintang Paling Popular’

Skim Pemarkahan – Vokal (80%),
Persembahan dan Penampilan (20%)
Keseluruhan = (100%).

Pertandingan ini akan dikendalikankan oleh dua orang pengacara, seorang lelaki dan seorang wanita.